suria

Guna anak singa untuk tarik pelanggan, pemilik kafe diburu polis

Anak singa itu diletakkan di sebuah kafe sebagai tarikan pelanggan.

SEBUAH kafe di Phuket, Thailand menjadi bualan ramai kerana menggunakan seekor anak singa sebagai tarikan pelanggan.

Anak singa itu bukan sahaja dipamerkan di dalam kafe, malah pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengannya.

Selepas kisah itu tular di media sosial, seorang warga China yang juga rakan kepada pemilik kafe berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa.

Dikenali sebagai Khai, warga China itu dibawa ke Balai Polis Bandaraya Phuket untuk siasatan lanjut.

Dedah Khai kepada pegawai penyiasat, anak singa itu dibawa dari Bangkok ke Phuket, ditempatkan di Chalong selama kira-kira 15 hari, sebelum dibawa ke kafe berkenaan.

Ia dipamerkan selama dua hingga tiga jam setiap hari dan dibawa pulang ke Chalong setiap malam oleh pemiliknya, yang identitinya masih tidak diketahui.

Polis kini sedang memburu pemilik kafe berkenaan.

Namun kata Khai, pemilik anak singa itu kini berada di Krabi dan dijangka pulang ke Phuket tidak lama lagi, lapor The Phuket News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain