suria

Gara-gara terhutang budi, pendaki wanita dipaksa cium seminit

Lelaki terbabit mengakui setiap dakwaan yang dibuat semasa disoal siasat.

SEORANG pendaki wanita tidak menyangka pekerja perkhidmatan teksi motosikal yang bermurah hati menumpangkannya secara percuma, mempunyai agenda tersembunyi.

Berkongsi cerita di media sosial, wanita yang berasal dari Perancis itu berkata, kejadian tersebut berlaku semasa dia dalam perjalanan mendaki Bukit King Kong di Indonesia.

"Tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal datang menghampiri dan menawarkan tumpangan.

"Walaupun ditolak kerana saya tidak mempunyai duit untuk membayar, dia tetap ingin 'membantu', malah turut memasangkan khemah untuk saya bermalam di situ," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, selepas khemah siap dipasang, lelaki terbabit datang semula dengan membawa makanan ringan.

"Dia mengajak saya berbual di dalam khemah, disebabkan ingin membalas kebaikannya... saya pun menuruti walaupun berasa rimas.

"Sebelum itu, saya dah cakap ingin tidur bersendirian dan memintanya pulang. Tetapi dia tidak berganjak dan menyatakan akan pergi kalau dicium selama satu minit," tambahnya lagi.

Susulan daripada itu, dia menawarkan sejumlah wang namun lelaki terbabit meminta 100,000 rupiah (RM30.50) untuknya keluar.

Berang dengan tindakan lelaki tersebut, wanita terbabit kemudiannya menyatakan akan memanggil beberapa lagi rakannya sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Lelaki terbabit dipanggil dan disoal siasat tentang apa yang berlaku... dia kemudian meminta maaf serta diberi amaran supaya tidak melakukan gangguan seksual," katanya. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain