suria

Pasangan kekasih tergesa-gesa keluar restoran selepas menjamu selera... Pemilik anggap ada hal penting "mereka berlari di jalan raya"

Antara tangkap layar klip CCTV yang menjadi tular di media sosial.

SEPASANG kekasih menjadi popular di media sosial gara-gara 'terlupa' membayar makanan di sebuah restoran sajian Thailand baru-baru ini.

Ia berikutan pemilik sebuah restoran di Middlebrough memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan wajah pasangan terbabit di laman Facebook miliknya.

Menerusi klip tular, kedua-dua individu tersebut dilihat berjalan pantas di laluan pejalan kaki dan tergesa-gesa menaiki teksi sejurus selepas keluar dari restoran berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pemilik restoran berkenaan menyatakan, pihaknya cuba menghubungi pasangan terbabit menerusi nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat tempahan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak menjawab mahupun membalas panggilan serta mesej yang dikirim.

"Mungkin mereka terlambat ke suatu tempat sehingga terlupa untuk membayar kerana kita dapat melihat mereka berlari di jalan raya untuk menaiki teksi. Bangunan dan jalan raya penuh CCTV.

"Susulan daripada itu kami menyiarkan rakaman ini... mereka juga begitu menikmati hidangan yang disajikan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, pemilik restoran tidan mendedahkan sajian mahupun harga. - Mirror.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain