suria

Rasa pedas-pedas manis, kopi latte paling rare dijual 300 cawan sehari

Kopi turut dikisar bersama cili kering dan ditambah serbuk cili.

CHINA sememangnya terkenal dengan hidangan mahupun minuman yang unik dan pelik.

Terkini, sebuah kedai kopi di Ganzhou menjadi tular kerana menyediakan minuman pelik yang menggabungkan latte ais tradisional dengan cili kering dan serbuk cili.

Jingshi Coffee melancarkan 'hot ais latte', sebagai penghormatan kepada masakan terkenal di Wilayah Jianxi.

Meskipun pelik, minuman yang mula dipasarkan Disember tahun lalu, mendapat sambutan hebat apabila 300 cawan dijual setiap hari.

Mereka yang pernah mencubanya menyatakan, minuman tersebut lebih pedas daripada latte biasa.

“Latte baru ini tidaklah teruk seperti yang disangka. Rasanya sedikit pedas dan sedikit manis,” tulis seorang pelanggan yang berpuas hati tentang minuman itu.

Latte ais yang diselitkan cili baharu berharga 20 yuan (RM13.31) dan dijangka menjadi hidangan tetap pada menu Kopi Jingshi. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain