suria

Pemuda kelar leher sendiri selepas 3 kali kalah main ‘game’

Obses terhadap permainan game boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 24 tahun bertindak mengelar lehernya sendiri menggunakan mata pisau selepas kalah bermain game dalam telefon bimbit sebanyak tiga kali.

Menurut polis, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat di sebuah perkampungan di Odisha, India.

Lelaki yang dikenali sebagai Soumya Ranjan Nayak, dilaporkan sedang bermain permainan pada peranti mudah alih itu namun tewas tiga kali, menyebabkan dia geram dan mengelar lehernya sendiri.

Mangsa dikejarkan ke hospital kerajaan oleh ibu bapanya namun dia kemudian dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Cuttack.

Difahamkan mangsa kini sedang menjalani rawatan dan keadaannya dilaporkan serius. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain