suria

Jalan kaki sambil buat live, model seksi terkejut dibaling telur

Kiki dibaling telur ketika sedang berjalan kaki sambil membuat siaran langsung.

MODEL terkenal Kiaraakitty atau Kiki diserang oleh seorang wanita tidak dikenali ketika dia sedang berjalan kaki di Koahsiung, Taiwan, baru-baru ini.

Ketika sedang berjalan sambil membuat siaran langsung (live), seorang wanita tiba-tiba menghampiri Kiki dan terus membaling beberapa biji telur ke arahnya.

"Kamu guna foto seksi untuk goda suamiku," ujar wanita itu sambil membaling telur ke arah Kiki.

"Aku tak tahu siapa suami kamu. Kamu marah kenapa?" soal Kiki pula.

Wanita itu kemudiannya berjalan meninggalkan Kiki yang kelihatan cemas dan terkejut.

"Aku nak menangis. Apakah ini? Ini gila," ujar Kiki lagi.

Sedutan video kejadian itu turut dikongsi ke media sosial sehingga ia menjadi bualan ramai.

Ramai peminat beranggapan suami kepada wanita itu merupakan salah seorang peminat Kiki.

Wanita itu dipercayai berang kerana suaminya sering menonton video Kiki yang terkenal dengan imej seksi. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain