suria

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga termasuk bapa... Pertikaian keluarga didakwa jadi punca serangan

Seorang lelaki di Iran menembak mati 12 ahli keluarganya, dalam satu kejadian di tenggara Iran. -Gambar hiasan/Getty

SEORANG lelaki berusia 30an menembak mati 12 ahli keluarganya, termasuk bapa dan abangnya, dalam satu kejadian pada Sabtu.

Menurut laporan media, kejadian yang berlaku di sebuah kampung terpencil di tenggara Iran, berpunca daripada pertikaian keluarga, namun ia tidak diperincikan.

Suspek dilaporkan menggunakan senapang Kalashnikov dan bertindak memasuki beberapa kediaman, sebelum melepaskan tembakan ke arah ahli keluarganya.

Bagaimanapun suspek kemudian berjaya ditembak oleh pasukan keselamatan di wilayah Kerman. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain