SEBUAH pesawat jenis Cessna Grand Caravan ditembak oleh Kumpulan Penjenayah Bersenjata di Kabupaten Beoga, Papua Tengah, Indonesia pada Jumaat. Pesawat milik PT Asian One Air yang membawa sembilan penumpang itu ditembak ketika dalam perjalanan melalui laluan Timika-Beoga. Ketika tembakan berlaku, pesawat berada pada ketinggian 91 meter yang mana ia sedang menuju ke landasan untuk mendarat di sebuah lapangan terbang. Selepas mendarat, juruterbang terus memeriksa keadaan penumpang sebelum pihak berkuasa tiba untuk tindakan selanjutnya. ARTIKEL BERKAITAN: 2 juruterbang terkorban, kokpit pesawat terbenam 2 meter dalam tanah Ketua Pengarah Pengangkutan Udara, Kementerian Pengangkutan, M. Kristi Endah Murni mengesahkan kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat. "Kami memastikan semua penumpang dan juruterbang selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Bagaimanapun, kejadian tembakan itu meninggalkan kawasan pada bahagian D kargo di sebelah kanan pesawat dengan lubang tembakan yang menembusi lantai. - Kompas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube