suria

Mewah! Pengantin perempuan pakai rantai dihiasi 100 gelang emas, majlis kahwin telan belanja RM140 juta

Pengantin perempuan memakai rantai yang dihiasi kira-kira 100 utas gelang emas. -Gambar SCMP/Douyin

SERBA mewah! Itulah yang boleh digambarkan dengan majlis perkahwinan sepasang pengantin dari wilayah Fujian, China yang dianggarkan menelan belanja 210 juta yuan (RM140 juta).

Pasangan mempelai dikhabarkan datang daripada keluarga yang bukan calang-calang.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Ye Dingfeng merupakan anak kepada Ye Guochun, pengerusi syarikat peruncit barangan kemas terkemuka di China.

Sementara itu pengantin perempuan, Yang Hanying merupakan anak kepada seorang pengurus dari syarikat sama di wilayah utara.

Majlis tersebut berlangsung di sebuah dewan besar milik keluarga pengantin lelaki, pada awal Februari lalu.

Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin perempuan memakai rantai yang dihiasi kira-kira 100 utas gelang emas yang kelihatan agak berat dan sarat.

Para tetamu majlis perkahwinan itu pula dihidangkan dengan menu mewah seperti ketam raja (king crab), udang karang (lobster), sup sirip yu, sarang burung dan abalon Australia. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain