SEORANG lelaki yang melompat ke dalam kurungan seekor singa, dipercayai cuba untuk berswafoto, maut dibaham haiwan buas tersebut. Dalam kejadian yang berlaku di Taman Zoologi Sri Venkateswara, wilayah Andhra Pradesh, India, pada Khamis, mangsa yang dikenali sebagai Prahlad Gujjar, dikatakan memanjat pagar kurungan haiwan tersebut biarpun diberi amaran oleh penjaga zoo supaya menjaga jaraknya. Jurucakap polis berkata Gujjar, 38, masuk melewati kawasan bukan kunjungan awam dan melompat ke dalam kandang itu kira-kira jam 2.30 petang. Singa itu, yang diberi nama Dongalpur, menyerang dan membaham Gujjar sebelum penjaga zoo cuba bertindak balas. Pihak berkuasa kini sedang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa dan dilaporkan sedang meneliti sama ada dia mabuk ketika kejadian. Difahamkan, mangsa melawat zoo itu seorang diri dan keluarganya sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. -NDTV Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube