suria

Lelaki mengaku bersalah hantar gambar zakar melalui WhatsApp

Menghantar foto lucah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki menjadi individu pertama di England dan Wales yang disabitkan dengan kesalahan 'cyber-flashing' selepas dia menghantar foto kemaluannya kepada seorang remaja melalui WhatsApp.

Nicholas Hawkes, 39, dari Basildon, Essex, turut menghantar gambar lucah kepada seorang lagi wanita sebelum perbuatannya dilaporka kepada polis Essex.

Hadir di hadapan majistret di Southend, Hawkes mengaku atas dua pertuduhan berkaitan kesalahan itu.

Ini menandakan sabitan sulung di bawah kesalahan baharu 'cyber-flashing' yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian yang berkuat kuasa pada 31 Januari.

Berikutan pengakuan bersalahnya terhadap dua pertuduhan menghantar imej kemaluan, Hawkes direman sehingga 11 Mac.

Pada tarikh itu, dia dijadualkan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Mahkota Basildon. - GRM Daily.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain