NETIZEN di China meluahkan rasa terkejut selepas mereka melihat wajah sebenar seorang pempengaruh yang dikenali sebagai HongKongDoll. Pempengaruh itu popular dengan imejnya yang sentiasa memakai pelitup muka, malah tiada sesiapa yang pernah melihat wajah asalnya. Namun baru-baru ini, media sosial di China mula menetapkan peraturan baharu untuk golongan pempengaruh. Peraturan itu menetapkan mana-mana individu yang mempunyai lebih 500,000 pengikut untuk menggunakan nama asli bagi mengelakkan penipuan dalam talian dan akaun palsu. Selepas mengetahui nama sebenar HongKongDoll iaitu Wang Jia Le, netizen mula membuat carian sehingga tersebarnya gambar wajah asal pempengaruh itu. Rata-rata netizen terkejut memandangkan wajah sebenar HongKongDoll berbeza dengan imejnya di media sosial. Malah, ramai netizen turut kecewa kerana pempengaruh itu tidak secantik yang disangka mereka selama ini. - Wolipop. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube