suria

Pengantin perempuan terpaksa bersanding seorang diri gara-gara suami terlalu pemalu

Pengantin perempuan bernama Yeyen ditemani dia kanak-kanak di atas pelamin.

SEORANG pengantin perempuan dari Indonesia terpaksa bersanding seorang diri di atas pelamin, gara-gara suaminya dikatakan sangat pemalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun koko_dm38 di TikTok, kelihatan pengantin wanita yang dikenali sebagai Yeyen, duduk seorang diri di atas pelamin sambil ditemani dua orang kanak-kanak kecil.

Difahamkan, pengantin lelaki yang bernama Rahim, 'melarikan diri' sehingga membuatkan keluarga pihak perempuan membuat laporan polis.

Bagaimanapun Rahim rupanya pulang ke rumahnya selepas selesai akad nikah.

Menurut lelaki itu, dia terlalu pemalu dan tidak suka berada di tempat yang penuh dengan orang.

Salah faham berkenaan akhirnya selesai selepas kedua-dua keluarga berdamai di balai polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain