suria

Menyesal derma organ... Suami minta isteri kembalikan buah pinggang, kini dalam proses untuk bercerai

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan

DULU sayang, kini benci.

Seorang lelaki dikenali sebagai Dr Richard Batista meluahkan rasa menyesal selepas mendermakan organ kepada isterinya menerusi pembedahan pada tahun 2001.

Penyesalan itu timbul apabila dia dan pasangannya yang dikenali sebagai Danwell kini sedang dalam proses untuk bercerai.

Apa yang mengejutkan, lelaki itu menuntut agar isterinya mengembalikan semula buah pinggang yang didermakan suatu ketika dahulu.

Sekiranya isterinya gagal mengembalikan organ itu, lelaki tersebut meminta agar dia diberikan pampasan sebanyak £1.2 juta (RM7.25 juta).

Lelaki itu membuat permintaan yang mengejut dan tidak masuk akal kerana mendakwa isterinya bermain kayu tiga.

Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas bagaimanapun menolak permintaan lelaki tersebut yang meletakkan syarat tidak masuk akal ke atas isterinya.

Malah, pakar perubatan turut berhujah bahawa permintaan itu melanggar etika kedoktoran meskipun ia tidak mustahil untuk dilakukan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain