TIDAK tahan sering didesak untuk berkahwin, seorang lelaki bertindak membunuh teman wanitanya, dalam satu kejadian di Cikarang Barat, Bekasi, Indonesia. Mayat mangsa yang berusia 23 tahun, ditemukan di rumah sewanya pada Isnin minggu lalu. Berdasarkan maklumat polis, mangsa sering menuntut teman tertuduh yang berusia 25 tahun untuk mengahwininya, sedangkan lelaki itu belum mempunyai wang yang cukup untuk berbuat demikian. Sebelum kejadian tragis itu, pasangan berkenaan juga kerap bertengkar mengenai isu yang sama. Pada hari kejadian, ketika bertengkar pelaku mencekik dan menekup wajah mangsa menggunakan bantal. "Punca kematian adalah kegagalan pernafasan, kerana dicekik dan ditekup mukanya dengan bantal," kata Ketua Polis Cikarang Barat, Pesuruhjaya Gurnald Patiran. Tertuduh dudah diberkas dan jika sabit kesalahan berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara. -Serambinews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube