DEMI mendapatkan manfaat bersalin daripada kerajaan, seorang wanita di Itali memalsukan 17 kehamilan sejak 24 tahun lalu yang sehingga kini 'mengaut keuntungan' sebanyak €110,000 (RM566,612). Barbara Ioele, 50, dilaporkan 'hamil' sebanyak 17 kali dengan 12 kali keguguran, berdasarkan dokumen-dokumen yang difailkan olehnya. Wanita itu mendakwa dia melahirkan lima bayi bernama Benedetta, Angelica, Abramo, Letizia dan Ismaele. Namun, tiada rekod ditemukan mengenai lima kanak-kanak tersebut malah 'anak-anaknya' juga tidak pernah dilihat orang lain. Menurut pendakwa raya, bagi menjayakan misinya, Ioele mencuri sijil lahir di klinik, memalsukan dokumen dan tandatangan doktor selain meletakkan bantal pada perutnya bagi menyerupai wanita hamil. Bagaimanapun, dia masih berdepan hukuman penjara kerana melakukan penipuan kewangan dan penipuan identiti. Ioele telah dijatuhkan hukuman penjara selama satu setengah tahun selepas mengaku melakukan kesalahan tersebut. -Metro.co Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube