suria

Pelanggan tampar pemilik bengkel, berang kena bayar RM1 walaupun tak jadi tukar tayar

Tangkap layar ketika pemilik bengkel ditampar oleh pelanggannya.

SEORANG pelanggan bertindak memukul pemilik sebuah bengkel di Indonesia gara-gara tidak berpuas hati dengan harga yang dicaj kepadanya.

Menurut pemilik bengkel yang dikenali sebagai Mangolai, pelaku datang ke bengkelnya untuk menampal lubang yang menyebabkan kebocoran pada tayar motosikalnya.

"Saya cakap kalau tampal satu lubang harganya 15,000 rupiah (RM4.58) tapi disebabkan terdapat dua lubang rapat, harganya 20,000 rupiah (RM6.11)," katanya.

Mendengar penjelasan itu, pelaku bertegas bahawa hanya terdapat satu lubang pada tayarnya.

Malah dia dikatakan 'berat hati' untuk membayar jumlah caj yang dikenakan dan membantah Mangolai dengan nada suara tinggi.

Dia kemudiannya meminta Mangolai untuk segera memasang semula tayar tersebut kerana enggan menukar tayar berkenaan.

Sewaktu memasang tayar, Mangolai meminta pelanggan itu membayar caj membuka tayar sebanyak 5,000 rupiah (RM1.53).

Menurut Mangolai, pelanggan itu menampar wajahnya kerana enggan membuat pembayaran dan terus berlalu ke sebuah bengkel berdekatan.

Kejadian ini dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan maklumat Mangolai dan keluarganya, sehingga kini polis masih meneliti perkara ini dengan lebih lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain