suria

Jatuh cinta dengan ibu kawan sendiri, remaja lelaki kahwin wanita beza usia 20 tahun

Video pernikahan pasangan ini menjadi tular di TikTok.

CINTA tidak mengenal usia.

Ungkapan ini sesuai bagi menggambarkan kisah seorang remaja lelaki yang berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun lebih tua.

Difahamkan wanita yang dinikahi remaja berasal dari Lombok, Indonesia itu merupakan ibu kepada rakan sepermainannya dikenali sejak kecil.

Dalam video dikongaikan Zeenlamcova di TikTok, kelihatan pengantin perempuan bernama Husnawati memakai kebaya dan bertudung menutupi kepala berona putih.

Manakala pengantin lelaki memakai blazer berwarna hitam dan bersongkok ketika upacara pernikahan mereka dilangsungkan.

Pasangan mempelai itu kelihatan malu-malu ketika bersebelahan di hadapan penghulu yang menikahkan mereka.

Memetik portal Okezone, majlis akad nikah berlangsung di halaman rumah dengan suasana sederhana, dihadiri saudara mara mereka.

Proses penyatuan pasangan ini berjalan lancar dengan mas kahwin ditetapkan sebanyak tiga juta Rupiah (RM905).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain