GARA-GARA tidak berpuas hati kerana disaman atas kesalahan trafik, seorang lelaki di Bima, Sumbawa, Indonesia selamba bersujud dan berdoa di tengah jalan raya yang sibuk. Menerusi video yang tular di laman sosial, lelaki tersebut yang berserban dan berjubah membentangkan sejadah di tengah jalan raya berhadapan Masjid Terapung Ahamami lalu sujud berhampiran anggota polis trafik. Dia turut berdoa agar anggota polis trafik yang mengeluarkan saman kepadanya 'diazab' dan diberikan hidayah. Difahamkan, tindakan tersebut dilakukannya kerana tidak berpuas hati selepas disaman kerana tidak memakai topi keledar, selain tidak membawa dokumen kenderaan dan lesen memandu. Dia ditahan ketika polis trafik menjalankan sekatan jalan raya. -Aceh.Tribunnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube