KEGEMBIRAAN meraikan pasangan Raja Sehari bertukar sayu apabila pengantin perempuan meninggal dunia di hari pernikahannya. Pada mulanya pengantin perempuan mengadu sakit selepas majlis nikah sehingga akhirnya dia menghembus nafas terakhir pada waktu malam. Kisah wanita itu menjadi tular, selepas seorang pengguna TikTok membuat perkongsian mengenainya, pada Selasa. Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia. Abang pengantin perempuan menceritakan kesedihan yang dirasai keluarganya kerana kematian pengantin perempuan. Majlis perkahwinan berlangsung di rumah dan pengantin perempuan kelihatan anggun dan berseri dalam persalinan putih. Dia masih tersenyum dan kelihatan gembira pada majlis pernikahannya yang berlangsung pada pukul 9 pagi. Bagaimanapun, dia kemudian tiba-tiba jatuh dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pihak keluarga menerima khabar duka pada pukul 7 malam apabila pengantin perempuan disahkan meninggal dunia. Tidak dinyatakan punca kematian, namun difahamkan pengantin perempuan sudah sakit sebelum ini dan cuba menahan kesakitan itu demi pernikahannya. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube