DAKWAAN tentang skandal seks yang berlaku di pejabat dan kelab pegawai tentera Vladimir Putin sedang kecoh menjadi perbualan, sekali gus mendedahkan tingkah laku liar golongan elit Rusia. Skandal itu didakwa berlaku di Yekaterinburg, lokasi yang biasanya dikhaskan untuk pengebumian anggota tertinggi yang tewas dalam perang menentang Ukraine dan acara ketenteraan lain. Namun kini pejabat dan kelab tentera itu menjadi tumpuan ramai atas sebab yang tidak sepatutnya. Menurut dakwaan yang tersebar, kelab itu menjadi lokasi pesta seks dengan bayaran masuk serendah $5 (RM23.89) sehingga $10 (RM47.79). Seorang orang dalam berkata: "Mereka merakam semua parti dan menyiarkannya di saluran media sosial peribadi masing-masing. - Express.co.uk. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube