suria

Kerap ‘dengar’ muzik dalam kepala, wanita lega doktor kata hanya alami tekanan... Tak lama kemudian disahkan ada ketumbuhan otak!

Emma mengimbas pengalamannya selepas didiagnos mengalami ketumbuhan otak pada 2019.

SEORANG wanita tidak menyangka muzik misteri yang sering didengarinya merupakan petanda bahawa dia mempunyai ketumbuhan otak.

Imbas Emma Bond, 33, dia sama sekali tidak menyangka akan berdepan dugaan berat kerana doktor pada awalnya mengesahkan dirinya hanya mengalami tekanan.

Namun, khabar melegakan itu tidak bertahan lama apabila doktor kemudiannya mengesahkan wanita dari Newton-le-Willows, Merseyside itu sebenarnya mempunyai ketumbuhan otak.

"Saya mula mendengar muzik di kepala saya. Apabila orang bercakap, ia seperti menyanyikan lirik kepada saya.

"Apabila saya mendapat tahu ia adalah kerana saya menghidap ketumbuhan otak, saya berasa takut.

"Saya hanya ingin tahu bagaimana ia akan memberi kesan kepada saya secara fizikal dan mental," ujar Emma.

Dia disahkan menghidap glioma gred 2 pada Jun 2019 dan menjalani pembedahan pada 9 Ogos tahun yang sama.

Dia juga terpaksa menangguhkan perkahwinannya kerana terpaksa menjalani pembedahan.

Emma akhinya berkahwin pada Julai 2021.

Dalam perkembangan terbaharu, suami dan abang Emma bakal menyertai acara TCS London Marathon pada 21 April depan untuk mengumpul dana bagi membantu kajian ketumbuhan otak. - Mirror.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain