suria

Wanita tikam kemaluan teman lelaki dengan gunting! Geram dapat tahu kekasih ada 50 ex-GF

Kekasih ditikam menggunakan gunting. -Gambar ViralPress

SEORANG wanita bertindak ganas dengan menikam kemaluan teman lelakinya gara-gara cemburu.

Ia berpunca apabila teman lelakinya mengakui pernah bercinta dengan kira-kira 50 orang perempuan sebelumnya.

Difahamkan pada mulanya pasangan berkenaan sedang menikmati temujanji romantik di sebuah kafe sebelum perbualan mereka beralih kepada topik yang sensitif.

Selepas mendengar tentang kisah silam teman lelakinya itu, dia pada mulanya masih bersikap tenang sebelum tiba-tiba bertukar menjadi agresif.

Mangsa dibawa ke hospital selepas kejadian. -Gambar ViralPress

Dia kemudian bertindak dengan mengambil gunting daripada tong sampah berdekatan lalu menikam pada kemaluan teman lelakinya berkali-kali.

Menurut Kapten Polis Anthony Abundo, kejadian itu disedari pejalan kaki dan polis peronda yang secara kebetulan berada di kawasan berdekatan segera mendapatkan bantuan perubatan.

Paramedik berkata lelaki itu mengalami sakit yang amat sangat ketika mereka sampai di lokasi dan mangsa berada dalam keadaan sedar walaupun kehilangan banyak darah.

Siasatan terhadap wanita tersebut masih dijalankan. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain