suria

Tragis! Gadis maut dibunuh dengan racun sianida, mayat diperkosa... Polis dedah motif pelaku

Tertuduh didakwa membunuh seorang gadis dengan menggunakan racun sianida. -Gambar Serambinews

SEORANG pemuda tergamak membunuh gadis yang diminatinya dengan menggunakan racun sianida, gara-gara kecewa apabila mengetahui mangsa sudah mempunyai teman lelaki.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Kediri, AKP Nova Indra Pratama, tertuduh yang hanya dikenali sebagai FA, 19, datang ke rumah sewa mangsa di Cowekan, Kota Kediri untuk mengajaknya minum pada 18 Februari lalu.

Tertuduh kemudian memasukkan racun yang dibawa bersama ke dalam minuman mangsa tanpa disedarinya.

"Motif pembunuhan adalah kerana cinta. Tertuduh memendam perasaan terhadap mangsa, tetapi mangsa sudah mempunyai teman lelaki lain dan merancang untuk berkahwin," jelasnya.

Menurutnya, selepas mangsa yang berusia 16 tahun tidak sedarkan diri, tertuduh bertindak memperkosa dan melarikan beberapa barangan miliknya.

Mayat gadis malang itu ditemui oleh pemilik rumah sewanya, dua hari kemudian.

Ketika ditemui, mulut mangsa juga kelihatan berbuih.

Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Kediri berjaya memberkas tertuduh dua hari selepas penemuan mayat mangsa. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain