suria

Bapa nekad tembak anak ketagihan dadah, alami halusinasi... Bimbang perkara buruk berlaku terhadapnya

Penggunaan senjata api adalah salah di sisi undang-undang. -Gambar hiasan

AKIBAT ketagihan dadah, seorang lelaki berusia 30 tahun ditembak mati oleh ayahnya sendiri.

Kejadian tersebut berlaku di ladang getah di daerah Ron Phibun, Thailand.

Pegawai polis Sanya Klomsuk berkata, pihaknya dan anggota penyelamat bergegas ke ladang getah berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pagi Sabtu.

Sejurus tiba, pasukannya menemukan mayat Phurinat yang tidak bernyawa bersama beberapa luka tembakan dari pistol 9mm.

Susulan insiden tersebut, bapa mangsa, Thawat, 57, hadir dan menyerah diri bagi membantu siasatan.

Semasa disoal siasat, dia mengakui telah pergi menoreh getah bersama anaknya sebelum mereka berdua terlibat dalam pertengkaran.

Keadaan anak lelakinya yang seolah-olah mengalami halusinasi disebabkan pengaruh dadah jenis methamphetamine serta mula mengacukan pisau penoreh getah ke arahnya membuatkan dia melepaskan beberapa das tembakan.

Pada masa sama, dia turut mendakwa pertengkaran sering berlaku dalam keluarganya disebabkan oleh ketagihan dadah yang dialami anak lelakinya itu. - Bangkok Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan