suria

Lelaki curah asid pada wajah isteri, diberkas ketika tidur di masjid

Suspek curah asid pada isterinya diberkas ketika tidur di masjid. -Gambar Serambinews

SEORANG lelaki dari Prabumulih, Sumatera Selatan tergamak mencederakan isterinya dengan mencurah asid pada wajah wanita tersebut gara-gara masalah rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Prabumulih, AKBP Endro Aribowo berkata, dalam kejadian pada Rabu lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dicederakan kerana enggan bercerai.

Suspek yang cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan tersebut berjaya diberkas ketika tidur di sebuah masjid.

Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada muka, kepala dan bahagian anggota badan yang lain.

Suspek didakwa di bawah akta keganasan rumah tangga yang jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain