suria

Pemergian yang dicemburui... Nenek menghembuskan nafas terakhir dalam sujud, ketua kampung bongkar amalan ketika hidup

Seorang jemaah wanita dari Pekalongan, Jawa Timur, meninggal dunia ketika sedang sujud. -Gambar Instagram @pekalonganinfo

SEBUAH video yang tular di media sosial memaparkan seorang jemaah wanita menghembuskan nafas terakhir ketika sedang sujud, nyata mengundang sebak warga maya.

Klip video menyentuh hati itu yang dimuat naik di akaun Instagram @pekalonganinfo sehingga kini meraih 363,000 jumlah tontonan.

Dalam video berdurasi sekitar dua minit itu, jemaah wanita berkenaan dilihat berada di barisan paling belakang sewaktu mendirikan solat berjemaah di dalam masjid bersama-sama jemaah wanita lain.

Bagaimanapun ketika jemaah lain bangun meneruskan rakaat berikutnya, jemaah berkenaan kelihatan bergerak sedikit sebelum terus kaku dalam posisi bersujud.

Difahamkan, kejadian menyayat hati itu berlaku pada 1 Mac lalu, ketika jemaah tersebut menunaikan solat Isyak di Masjid Jami Albarokah, Desa Kemasa, Pekalongan, Jawa Tengah.

Menurut Ketua Desa Kemasa, Budiono, jemaah wanita tersebut dikenali sebagai Hajah Casuni yang berusia 75 tahun.

Ujarnya, Allahyarhamah merupakan seorang peniaga di Pasar Wonopringgo dan sememangnya rajin menunaikan solat berjemaah di masjid.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pemergian jemaah wanita berkenaan benar-benar dicemburui kerana dijumput menghadap Ilahi ketika sedang mendirikan solat. -Pojokjateng

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain