PELAJAR jurusan undang-undang dari Republik Czech, Krystyna Pyszková dinobatkan sebagai Miss World 2024 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan di Mumbai, India, pada malam Sabtu. Krystyna, 23, berjaya menewaskan 111 jelitawan lain dari seluruh dunia untuk merangkul gelaran berprestij tersebut. Sementara itu, jelitawan dari Lubnan, Yasmina Zaytoun pula meraih tempat kedua. Krystyna memberikan jawapan bernas ketika ditanya tentang isu berkaitan penjagaan kesihatan wanita, yang mana dia berpandangan bahawa masyarakat harus membuang stigma dan rasa malu untuk membicarakan perihal menstruasi (haid). Dia yang juga seorang model berkata, 'menjadi seorang wanita adalah satu anugerah' dan menstruasi tidak sepatutnya menjadi subjek tabu. Teruja dengan kemenangannya, Krystyna berkata merangkul gelaran Miss World adalah impiannya yang menjadi kenyataan. "Saya amat berbesar hati mewakili negara saya dan membawa nilai-nilai 'beauty with a purpose' di platform global,"ujarnya. -THE STAR Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube