suria

Penduduk kampung jumpa bayi dalam semak sehari sebelum Ramadan... Badan penuh dihurung semut

Kes pembuangan bayi semakin berleluasa pada masa kini. -Gambar hiasan

PENDUDUK di sebuah kampung dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan dalam semak pada Isnin iaitu sehari sebelum umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.

Menurut portal Suara.com, bayi berkenaan ditinggalkan ibu dan bapanya di Kampung Kandang, Kemang di Indonesia.

Lebih menyedihkan apabila bayi yang ditemukan dalam keadaan terbaring itu dihurung semut.

Menurut saksi dikenali sebagai Damayanti yang menjumpai bayi tersebut, pada mulanya dia melihat sesuatu mencurigakan di dalam semak sebelum menyedari ia merupakan seorang bayi.

Bayi malang berkenaan masih hidup.

Dia kemudiannya melaporkan mengenai kejadian kepada pihak polis di Kemang, Indonesia.

"Sangat jahat dan tergamak membuang anak sendiri di tempat seperti itu," katanya ketika ditanya wartawan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemang, Pesuruhjaya Mohammad Taufik mengesahkan penemuan bayi perempuan tersebut di dalam semak.

Katanya, bayi tersebut terus dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Jampang untuk tindakan lanjut.

Katanya polis akan melakukan siasatan bagi menjejaki individu yang bertindak membuang bayi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain