suria

Puluhan bangkai haiwan dibuang depan kedai, darah dilumur... Penduduk lancar siasatan

Pemandangan ngeri di pintu masuk sebuah kedai.

GEMPAR apabila berpuluh-puluh bangkai haiwan dibuang di bahagian depan pintu masuk sebuah kedai runcit di Broughton, England pada Khamis.

Lebih mengerikan apabila pelaku turut melumurkan darah dan usus haiwan pada tingkap kedai berkenaan.

Bangkai-bangkai haiwan itu terdiri daripada arnab dan burung hantu.

Penduduk tempatan yang resah dengan situasi terbabit mula berteka-teki untuk mencari jawapan.

"Kami menyalahkan pemburu haram di kawasan ini. Selain itu, kami syak mungkin ada kaitan juga dengan kumpulan sindiket perjudian antarabangsa.

"Ini adalah satu bentuk amaran supaya penduduk tempatan tidak campur tangan dalam isu tersebut," kata seorang penduduk tempatan di situ.

Pemilik kedai runcit itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah melaporkan insiden tersebut kepada polis.

Bagi membantu siasatan, pihak polis meminta penduduk berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan High Street dari pukul 3 pagi hingga 3.45 pagi waktu tempatan.

Sebagai makluman, pada Februari lalu, sejumlah bangkai haiwan dibuang di luar Sekolah Rendah Awbridge, kira-kira 16 kilometer dari kampung itu. - Metro UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain