APABILA perasaan amarah mengatasi kesabaran. Begitulah kisahnya apabila sekumpulan penunggang motosikal bertindak menyerang rumah seorang anggota polis di Bulukumba, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia. Rumah terbabit juga dibaling batu menyebabkan atap dan dinding kediaman anggota polis tersebut rosak. “Geng motor serang rumah polis di Bulukumba, dua pelaku ditangkap,” demikian audio yang dapat didengari menerusi klip video kejadian tersebut yang tular di media sosial. Menurut orang awam, anggota polis itu menegur kumpulan penunggang motosikal tersebut susulan mereka membuat bunyi bising dan mengganggu ketenteraman kawasan sekeliling. Namun mat motor itu tidak dapat menerima teguran berkenaan sehingga menyebabkan mereka bertindak agresif. Dalam rakaman itu, terdapat seorang penunggang motosikal berdiri di depan rumah anggota polis itu, manakala rakan-rakannya membaling batu ke arah kediaman mangsa. Mereka juga ketawa setelah melakukan perbuatan itu. Pegawai kanan polis Bulukumba, Abustam menyatakan pihaknya sedang melakukan siasatan mengenai kes tersebut. - TribunTrends.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube