suria

Lelaki terlopong, hasrat langsai hutang keluarga tak berhasil... Duit pinjaman bank pula hangus dalam van

Chumnum merenung van miliknya yang musnah dalam kebakaran

MALANG tidak berbau.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki pabila wang pinjaman yang ingin digunakan untuk melangsaikan hutang tidak rasminya, terlibat dalam kebakaran di Prachin Buri, Thailand baru-baru ini.

Difahamkan, keseluruhan wang pinjaman daripada sebuah bank itu bernilai 100,000 baht (RM13,126).

Anggota bomba dari Pejabat Daerah Prahantakam di Prachin Buri bergegas memadamkan kebakaran yang berlaku di dalam van milik Chumnum berusia 34 tahun itu.

Meskipun kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh 10 minit, namun van dan barangan Chumnum telah hangus sepenuhnya.

Menerusi temubual, Chumnum mendedahkan bahawa dia kehilangan wang tunai 100,000 baht dalam kejadian itu.

Dia dan ibunya telah meminjam wang daripada bank untuk menyelesaikan hutang tidak rasmi keluarga, dan dia telah menyimpan wang tunai di dalam van sebagai persediaan untuk pembayaran balik.

Bagaimanapun semasa memandu, dia mengesan bau terbakar dan memutuskan untuk berhenti dan memeriksa vannya sebelum api tiba-tiba marak. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain