PERTELINGKAHAN tercetus antara penunggang teksi motosikal dan pemandu teksi kereta pada Ahad. Dalam kejadian di stesen bas berhampiran Pattaya Utara, Thailand itu, dua penunggang teksi motosikal dilihat bergelut dengan seorang pemandu teksi sambil disaksikan penumpang di dalam kereta yang ketakutan. Ketegangan bertambah serius apabila pemandu teksi yang diserang mengambil kayu golf manakala dua penunggang teksi motosikal menggunakan batang penyapu untuk terus berentap Konflik terbabit dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan untuk mengambil penumpang. Menurut salah seorang penunggang teksi motosikal yang terlibat, Mag, dia pada awalnya meminta pemandu teksi terbabit agar tidak mengambil penumpang di tempat yang dikhaskan untuk mereka. Pemandu teksi itu kemudian didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan mengungkit mengenai statusnya sebagai bekas anggota polis. Mag dan rakannya, Pop yang mengacukan batang penyapu menegaskan bahawa ia adalah tindakan untuk mempertahankan diri. Tiada kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu dan tiada laporan polis dibuat. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube