LULUH hati seorang suami apabila menyaksikan sendiri kecurangan isterinya dengan lelaki lain di sebuah hotel. Lelaki yang dikenali sebagai Rikza Firman Santoso, 30, dari Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia pada mulanya mengekori isterinya yang berusia 29 tahun itu dari tempat kerja. Rikza sama sekali tidak menyangka isterinya menuju ke sebuah hotel di Surabaya. Dia kemudian meminta bantuan pihak pengurusan hotel untuk membuka pintu bilik yang dihuni isterinya, sebelum menyerbu wanita tersebut yang sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki berusia 26 tahun serta berstatus suami orang. Dia sempat merakam menggunakan telefon bimbit saat serbuan dilakukan. Difahakamkan, Rikza dan isterinya berkahwin pada 2020 dan sehingga kini belum dikurniakan zuriat. Menurut lelaki itu, dia mula mengesan perubahan tingkah laku isterinya pada September lalu. Pada Disember tahun yang sama, isterinya memutuskan untuk pulang ke rumah ibu bapanya. "Saya pujuk tapi dia tidak mahu, sejak itu kami berasingan rumah," jelas Rikza. Berhubung kes khalwat membabitkan isterinya itu, Rikza berkata dia membuat laporan kepada polis dan berharap pihak berwajib serta dapat mengambil tindakan tegas terhadap kedua-duanya. -Serambinews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube