SEORANG lelaki ditangkap ketika cuba mencuri tabung amal oleh seorang ahli jawatankuasan (AJK) masjid. Menurut AJK masjid yang dikenali sebagai Nur Rosyid, kejadian berlaku sewaktu dia mahu menunaikan solat dan beriktikaf di Masjid Goa Hiro di Ponorogo, Indonesia. Jelas Rosyid, dia berada di dalam masjid sewaktu terdengar bunyi motosikal memasuki perkarangan masjid. Tidak lama kemudian, dia terdengar pula bunyi aneh seperti seseorang sedang mengumpil tabung amal yang diletakkan di hadapan masjid. Mengesyaki ada cubaan untuk mencuri, Rosyid mengambil kerusi dan memukul individu yang sedang asyik mengumpil tabung masjid. Pelaku kemudiannya berjaya melarikan diri dengan motosikalnya. Bagaimanapun menurut Ketua Polis Sukorejo, Inspektor Catur Juli Hernawan, pelaku berjaya ditangkap selepas pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan. Kata Catur, pelaku yang dikenali sebagai HA,27 tahun, mempunyai empat rekod jenayah sebelum ini dengan jumlah kecurian 2.6 Juta Rupiah (RM782). Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) berdepan dengan hukuman maksimum penjara lima tahun. -DETIK.COM Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube