SANGAT unik dan di luar kebiasaan! Begitulah kisahnya untuk seekor kerbau jenis albino di wilayah Phetchaburi, tengah Thailand yang dijual pada harga 18 juta baht (RM2.3 juta). Kerbau gergasi milik penternak, Damrongsak Morakot yang diberi nama Ko Muang Phet itu berketinggian 180 sentimeter, kira-kira lima kaki dan sembilan inci. Ia dibeli oleh pihak pengurusan Ladang Ternak Wanasuwan di Chiang Rai pada Festival Kerbau Uthai Thani ke-12. Haiwan besar dan berwajah cantik itu turut mencuri perhatian kerana ‘membintangi’ drama popular, Mon Rak Luk Thung sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon di sebalik kandang. Memiliki kecantikan luar biasa dan badan yang sangat besar, Ko Muang Phet bukan sekadar haiwan ternakan, ia juga dianggap sebagai keajaiban genetik. Kerbau itu mempunyai 90 peratus peluang untuk mewariskan ciri albinonya kepada zuriatnya yang jarang ditemui di Thailand. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube