GARA-GARA tidak tahan diejek serta dihina, seorang lelaki di Bengkulu, Indonesia mengamuk dan menyerang penduduk kampung dengan menggunakan sebilah pedang. Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada pagi Ahad (24 Mac), seorang penduduk kampung terkorban manakala tiga yang lain mengalami kecederaan. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang, AKP Sujud Alif berkata, lelaki yang dikenali sebagai RZ itu turut menghisap darah mangsa yang sudah tidak bernyawa. "Penjenayah telah ditahan selepas berunding dengan polis. Kami sedang menyiasat motif pelaku," katanya mengesahkan kejadian tersebut. Sementara itu ketika disoal siasat, lelaki berkenaan mengakui melakukan tindakan sedemikian kerana tidak tahan diejek. "Mereka mengejek saya berperwatakan seperti wanita," ujarnya. Dia juga mendakwa terdengar bisikan suara yang menyuruhnya menghisap darah mangsa. -Serambinews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube