suria

Paderi ditahan polis, bayar upah RM189,600 kepada pembunuh untuk tembak kekasih anak

Seorang paderi mengupah pembunuh untuk menembak kekasih kepada anak perempuannya. -Gambar sekadar hiasan

SEORANG paderi ditahan polis selepas didakwa mengupah beberapa lelaki untuk menembak teman lelaki kepada anak perempuannya.

Samuel Davalos Pasillas, 47, dari California, ditahan minggu lalu selepas polis berjaya mengumpul bukti untuk mensabitkannya dalam jenayah berkenaan.

Jenayah terancang itu dilakukan pada 21 Oktober tahun lalu di Riverside, ketika mangsa yang sedang duduk di dalam keretanya ditembak beberapa kali dari kenderaan yang berhenti di sebelahnya.

Penembak melarikan diri sejurus selepas melepaskan tembakan, namun mangsa yang terselamat segera memandu keretanya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Dia bagaimanapun tidak dapat memberikan terlalu banyak maklumat kepada penyiasat tentang individu yang cuba membunuhnya.

Namun kecekapan penyiasat berjaya merungkai jenayah berkenaan yang rupa-rupanya didalangi oleh bapa teman wanitanya.

Menurut pegawai polis Riverside, Ryan Railsback, Pasillas membayar upah kepada penjenayah tersebut hampir $40,000 (RM189,600).

Setakat ini polis berjaya menahan Pasillas dan salah seorang suspek, Juan Manuel Cebreros, 55, dari Long Beach, serta giat memburu suspek ketiga. -Odditycentral

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain