suria

Memadu asmara sejam dengan pelajar di kelas, guru wanita didakwa buat serangan seksual

Rakaman CCTV menunjukkan tertuduh bersama pelajarnya. -Gambar FOX 6

SEORANG guru yang didakwa melakukan hubungan intim bersama seorang pelajarnya, dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan.

Rachel Goodle, 22, mengaku tidak bersalah tahun lalu atas pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap pelajar oleh kakitangan sekolah.

Guru berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu dalam 'sesi' selama sejam bersama salah seorang pelajarnya, di kelasnya sendiri sebelum kedua-duanya pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang.

Walaupun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka bersama, Goodle cuba menghalang keputusan dua penyiasatan yang didedahkan kepada umum.

Menurut peguamnya, Goodle cuba menyekat rekod itu kerana 'mereka berkemungkinan boleh memberi kesan buruk kepada hak Goodle untuk perbicaraan yang adil'.

Siasatan dalaman dilakukan oleh pihak sekolah sebelum polis mendedahkan rakaman Goodle dan pelajar itu mempunyai 'hubungan rapat' secara jelas.

Penyiasat, Zach Case berkata, pelajar itu kemudian mengakui bahawa dia bersama guru tersebut melakukan hubungan intim di dalam kelas.

Goodle akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 April depan untuk pra-perbicaraan, dengan perbicaraan sebenar dijadualkan pada 22 April.

Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 40 tahun sekiranya didapati bersalah. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain