suria

Potong telinga mendiang abang, adik berkeras mahu buat ujian DNA... Akhirnya terbongkar niat nak rampas harta

Zhong Li (kanan) memotong telinga abangnya bagi menjalankan ujian DNA. -Gambar A Current Affair.

SEORANG lelaki tergamak memotong telinga mendiang abangnya bagi menjalankan ujian deoxyiribonucleic acid (DNA) ke atas anak saudaranya.

Jian Zhong Li dari Sydney, Australia mendakwa Cheng Zhang Li, anak kepada mendiang abangnya yang meninggal dunia akibat penyakit paru-paru adalah anak luar nikah.

Zhong Li berkata dia mahu membuat ujian DNA untuk membuktikan dakwaan itu, sekali gus menghalang Cheng daripada mendapat sebarang harta dan rumah peninggalan.

Di sebalik dakwaan itu, Zhong Li sebenarnya mahu merebut harta mendiang abangnya.

Malah, dia memberi alasan untuk mendapatkan harta itu kerana rumah ibunya yang berada dalam keadaan daif.

WhatsApp Image 2024-03-26 at 12.42.41

Zhong Li mengerat telinga mendiang abangnya sebelum upacara pengebumian berlangsung. -Gambar A Current Affair.

Ketika hari pengebumian, Zhong Li cuba untuk mendapatkan sampel kulit dan rambut abangnya, namun ditolak oleh pengarah pengebumian.

Maka, Zhong Li dan anaknya secara diam-diam telah membuka keranda dan memotong telinga mendiang sebelum ia disimpan di dalam peti ais.

Insiden ini bagaimanapun terbongkar dan pegawai pengebumian segera maklumkan kejadian berkenaan kepada waris si mati.

Polis kemudiannya merampas sampel telinga itu yang disimpan di dalam sebuah peti sejuk.

Zhong Li akhirnya mengaku bersalah terhadap jenayah yang dilakukannya pada tahun 2022 di mahkamah tempatan Burwood dan didenda sebanyak £776 (RM3,973).

Namun apa yang paling mustahak, ujian yang dijalankan turut membuktikan dakwaan Zhong Li adalah tidak benar sama sekali.

Anak saudaranya yang dituduh sebagai anak luar nikah itu sememangnya anak kepada mendiang abangnya. -Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain