suria

Wanita bersalin dalam laut pukul 2 pagi tanpa bantuan perubatan

Josy berkongsi pengalaman melahirkan bayi bongsunya di dalam laut. -Gambar Jampress

SEORANG wanita berkongsi pengalamannya melahirkan bayi dalam keadaan yang sangat luar biasa, iaitu di dalam laut.

Lebih mengejutkan, Josy Cornelius, 38, melahirkan anak kelimanya, Maui pada pukul 2.00 pagi di Laut Caribbean tanpa sebarang bantuan perubatan pada September tahun lalu.

Josy yang mempercayai konsep 'freebirth' mendedahkan dia bersama suami dan anak-anaknya berpindah ke Nicaragua kerana mahu melahirkan bayi bongsunya di dalam laut.

Freebirth merupakan istilah untuk mereka yang melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan daripada bidan mahupun jururawat.

Ini adalah kali kedua wanita berkenaan bersalin dengan kaedah yang tinggi dengan risiko itu.

"Wanita harus merancang kehamilan dan kelahiran mereka dengan cara yang sama mereka merancang perkahwinan impian mereka," ujarnya. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain