suria

Tiga rumah musnah dalam kebakaran gara-gara penghuni tertidur ketika memasak juadah berbuka puasa

Api mudah merebak dengan pantas jika binaan struktur rumah diperbuat daripada bahan mudah terbakar. -Gambar hiasan

TIGA buah rumah di Desa Sayangheulang, Cianjur, Jawa musnah dalam kebakaran, dalam kejadian yang berlaku pada lewat petang Isnin.

Menurut pegawai bomba yang dikenali sebagai Reki, kebakaran dipercayai berpunca daripada tungku dapur yang tidak dipantau oleh pemilik salah sebuah rumah yang terlibat.

"Penghuni rumah sedang memasak juadah untuk berbuka puasa. Tetapi semasa memasak, dia tertidur dan dapur dibiarkan sehingga api mulai marak dan merebak ke dua rumah lain," ujarnya.

Menurutnya, api merebak dengan pantas kerana kedudukan rumah yang berdekatan serta binaan struktur yang mudah terbakar.

Tambahnya lagi, api akhirnya berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penghuni rumah yang terlibat sempat menyelamatkan diri. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain