suria

Isteri kantoi curang dengan jiran, siap sorok kekasih gelap dalam almari gara-gara panik suami pulang mengejut!

Kes kecurangan melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga banyak dipaparkan kebelakangan ini. -Gambar hiasan

LULUH hati seorang suami apabila kepulangannya dari tempat kerja disambut dengan ‘drama’ kecurangan isteri sendiri.

Segala-galanya bermula apabila lelaki bernama Yen dari Guangxi, China, memberitahu isterinya, bahawa dia sibuk bekerja dan hanya akan pulang lewat malam.

Namun disebabkan tugasannya dapat diselesaikan lebih awal, lelaki tersebut memutuskan untuk pulang ke rumah.

Sebaik tiba, Yen hairan apabila isterinya mengambil masa untuk membuka pintu selain riak wajah wanita tersebut kelihatan seperti ketakutan.

Curiga dengan keadaan itu, Yen bertindak menggeledah rumahnya dan akhirnya menemui seorang lelaki yang juga jirannya sedang bersembunyi di dalam almari.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan melakukan perbuatan terlarang.

Si isteri mendakwa jiran mereka datang untuk membaiki kerosakan paip, namun Yen tidak mempercayainya dan bertindak menyerang lelaki berkenaan.

Yen kemudian melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Hasil siasatan mendapati isteri Yen dan jirannya sememangnya menjalinkan hubungan sulit.

Meskipun terbukti berlaku kecurangan, namun Yen tetap perlu membayar ganti rugi kepada ‘kekasih gelap’ isterinya kerana melakukan kekasaran. - Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain