suria

Kantoi bawa kekasih balik rumah! Lelaki nekad 'pulangkan' isteri kepada keluarga, akui kecewa dicurangi

Lelaki juga sering menjadi mangsa kecurangan. -Gambar hiasan

DICURANGI pasangan pastinya memberikan tamparan hebat kepada sesiapa sahaja.

Begitulah yang dilalui lelaki ini apabila dia bukan sahaja dicurangi malah melihat isterinya membawa masuk kekasih ke dalam rumah mereka sendiri.

Meskipun berasa kecewa dengan insiden yang berlaku, dia tidak melepaskan amarah dengan memukul isteri, sebaliknya menghantar wanita itu kembali ke pangkuan keluarga.

Tindakan berhemahnya itu menjadi tular selepas video dia memohon maaf kepada bapa mentuanya dimuat naik di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat menundukkan kepala kepada bapa mentuanya dengan linangan air mata.

Malah kapsyen di video tersebut menyatakan lelaki terbabit datang bertemu mentuanya untuk menyerahkan semula isteri kepada keluarga.

“Mari pulangkan anak perempuan kamu. Saya memohon ampun kepada ayah atas segala kesalahan yang dilakukan... baik di hadapan dan di belakang saya, dengan badan, ucapan, dan fikiran.

"Saya memohon agar bapa memaafkan saya," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang situasi tersebut, pemilik video berkenaan berkata, lelaki berkenaan nekad untuk berpisah dengan isterinya walaupun telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun. - Sanook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan