suria

Ngeri! Dua peserta festival Corralejas maut ditanduk, dihempas lembu laga

Salah seorang mangsa ditanduk dan dihempas ke tanah.

SUKAN laga lembu jantan sememangnya acara lazim di Columbia.

Bagaimanapun, baru-baru ini peminatnya berhadapan detik mengerikan apabila mereka turut diserang balas dan ditanduk oleh lembu laga tersebut ketika festival Corralejas berlangsung di Arjona.

Kejadian tersebut berlaku selepas beribu-ribu peminat dilihat mengambil bahagian dalam festival berkenaan di mana mereka digalakkan untuk memasuki gelanggang dan melawan lembu jantan.

Peserta yang masuk ke dalam arena dapat menguji keberanian mereka dengan menyeksa lembu jantan termasuk membaling apa sahaja yang ada di tangan ke arahnya.

Tindakan tersebut mengakibatkan lembu jantan itu hilang kawalan sebelum menyerang seorang lelaki dan menanduknya.

Mangsa kemudian dihempas ke tanah sebelum lembu jantan mencari sasaran baharu.

Susulan insiden mengerikan itu, dua orang dilaporkan maut manakala lapan cedera parah termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain