HANYA kerana masalah baju raya, seorang lelaki sanggup membunuh saudara kembarnya dengan mengelar leher mangsa. Kejadian tersebut berlaku di daerah Way Kanan, Lampung di Indonesia pada Ahad. Memetik laporan Okezone, pihak polis berjaya merampas parang yang digunakan suspek berusia 29 tahun itu. Berdasarkan hasil siasatan awal, suspek mengakui rasa marah selepas berlaku perselisihan faham tentang baju raya antara isterinya dan mangsa. Ia berikutan, isteri suspek memberikan baju baru dari orang tuanya kepada mangsa. Mangsa mengambil baju baru tersebut dan meletakkannya di mejad dapur sebelum keluar dari rumah. Namun dia kembali semula ke rumah tersebut kerana tidak berpuas hati baju raya berkenaan tidak diberikan orang tuanya sendiri. Bukan itu sahaja mangsa turut menghempas gelas dan piring sebelum memarahi isteri suspek. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube