suria

Gara-gara terhutang budi, wanita berusia nikahi jejaka 22 tahun

Wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda.

HUBUNGAN antara suami isteri yang mempunyai perbezaan umur sangat besar bukanlah perkara baru.

Terkini media sosial didedahkan dengan kisah seorang wanita lingkungan 40 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 22 tahun di China

Hubungan antara mereka menjadi perbualan ramai selepas gambar perkahwinan dikongsikan di media sosial.

Rata-rata warga maya memuji wajah wanita terbabit yang dikatakan kelihatan lebih muda dan tidak seperti usia 40-an.

Berkongsi cerita, mereka menyatakan perkenalan bermula selepas lelaki terbabit membantu wanita yang sedang jalan dalam keadaan mabuk.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, wanita tersebut dibawa ke rumah lelaki dan dijaga dengan baik sehingga keesokan hari.

Menyedari dirinya tidak diambil kesempatan, wanita tersebut menjalinkan hubungan dengan lelaki sehingga akhirnya mendirikan rumah tangga. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain