PEMPENGARUH makanan mentah di Rusia berdepan hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah kerana menyebabkan anak lelakinya yang baru lahir mati kelaparan. Maxim Lyutyi, cuba membesarkan anaknya, Kosmos, dengan diet pelik di mana individu hanya hidup berasaskan matahari dan bukannya makanan dan air. Susulan itu, lelaki berusia 44 tahun itu berdepan atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan, manakala isterinya, Oxana Mironova, 33, pula sebelum ini menjalani tahanan di rumah selama dua bulan. Jawatankuasa Siasatan Rusia meneliti laporan mengenai mangsa, dan membuka kes siasatan selepas anaknya meninggal dunia di Hospital berhampiran Sochi, Rusia pada 2023 akibat radang paru-paru akibat kebuluran. Mangsa didakwa hanya diberi 'makan' cahaya matahari. Lyutyi dikatakan mahu membesarkan anaknya sebagai seseorang yang hidup berasaskan matahari. Malah, Lyutyi didakwa sering menasihati pengikutnya untuk mendapatkan tenaga matahari sebagai pengganti kepada makanan dan air. Disebabkan amalan yang pelik itu, dia dilaporkan menjadi punca kepada kematian kanak-kanak tersebut. Lyutyi berdepan hukuman penjara dan didenda kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, manakala isterinya, sedang menjalani hukuman kerja pembaikan tanpa ditahan. -Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube