suria

Identiti warga emas kerja kutip daun terbongkar, rupanya usahawan berjaya di kampung

Seorang warga emas mendapat perhatian netizen kerana kekayaan dimilikinya.

JANGAN pantas untuk menghakimi seseorang hanya daripada rupa luarannya sahaja.

Begitulah kisahnya apabila seorang warga emas yang kelihatan daif tetapi ternyata merupakan seorang hartawan dengan sebuah rumah agam seperti istana.

Menerusi video tular di laman TikTok, difahamkan warga emas terbabit bekerja sebagai seorang tukang pembersihan daun kering.

Dalam video terbabit kelihatan warga emas itu mengenakan pakaian lusuh sambil membawa daun kelapa kering dan daun pisang dari sawah berdekatan.

Namun, siapa sangka disebalik penampilannya yang serba sederhana, wanita itu merupakan pemilik rumah mewah di kampung tersebut.

Rumahnya yang dibina di kawasan seluas satu hektar itu dihiasi dengan patung berbentuk kuda serta ukiran emas.

Lebih mengejutkan apabila pelbagai jenis kereta berada di dalam garajnya seperti Toyota Fortuner dan Honda Civic.

Setelah diselidiki, warga emas itu sebenarnya merupakan seorang usahawan dan mempunyai sawah dengan keluasan berhektar-hektar. - TribunJabar.id

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain