suria

Banjir kilat landa Dubai, lapangan terbang turut ditenggelami air

Air banjir menenggelami Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Selasa. -Gambar media sosial

DUBAI dilanda banjir kilat pada Selasa selepas hujan lebat melanda negara Teluk tersebut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka mengalihkan sementara penerbangan masuk yang tiba pada petang Selasa (waktu tempatan) susulan 'cuaca luar biasa'.

Video yang diperoleh oleh saluran berita milik kerajaan Arab Saudi, Al Arabiya menunjukkan landasan di lapangan terbang di Dubai ditenggelami air, dengan pesawat meredah air banjir.

Semua entiti kerajaan Dubai dan sekolah swasta turut diarah beroperasi dari jauh berikutan keadaan cuaca yang buruk.

Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis Kecemasan dan Bencana Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa orang ramai untuk kekal di dalam kediaman masing-masing buat sementara waktu.

Di Oman pula, ribut dan hujan lebat sejak kebelakangan ini mengorbankan 10 pelajar sekolah dan seorang dewasa, menurut AP.

Bahagian lain di Timur Tengah, termasuk Qatar dan Arab Saudi, turut dilanda keadaan hujan luar biasa minggu ini. -NBCNews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain